Anwar ziarah jenazah bekas Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyertai solat jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad di Musolla Taman Selatan, Presint 20, di sini, petang tadi.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 4.50 petang sebelum itu menunaikan solat Asar yang diimamkan peguam, Datuk Zulkifli Noordin.

Selain Anwar, turut menziarahi jenazah adalah Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Solat jenazah diketuai Imam Masjid Mahmudiah Presint 18, Rafuwan Putra Affendi dan disertai kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat serta kenalan Allahyarham, lapor Berita Harian.

Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 84 tahun hari ini, ketika dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 9 Februari lalu akibat sakit tua.

Beliau meninggalkan balu, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan empat anak.

Jenazah Allahyarham Abdul Hamid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya di Presint 20.

Related Posts

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

PUTRAJAYA – Prinsip dan pendirian kerajaan untuk membanteras rasuah serta salah guna kuasa kekal tidak berubah susulan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

  • By Ezmie
  • September 18, 2026
Landasan KKIA dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Program baik pulih rumah bantu penduduk nikmati kediaman lebih selamat

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China