Persatuan Melayu Limbang digesa pastikan Bazar Ramadan 2026 teratur dan tersusun

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menggesa pihak Persatuan Melayu Limbang selaku pengurus kawasan Bazar Kios Ramadan 2026 supaya memastikan aktiviti perniagaan di pekarangan bangunan persatuan itu berjalan lancar dan tersusun.

Beliau berkata, setiap kios yang disediakan perlu diisi sepenuhnya oleh peniaga yang berdaftar agar tidak berlaku pembaziran ruang niaga.

“Saya berharap semua kios yang ada sudah mempunyai peniaga dan tidak dibiarkan kosong.

“Ini peluang terbaik kepada usahawan kecil untuk menambah pendapatan sepanjang Ramadan,” katanya ketika berucap di pekarangan bangunan Persatuan Melayu Limbang, di sini.

Menurut beliau, selain bazar yang terletak di kawasan bandar, lokasi berkenaan juga dilihat sangat strategik berdasarkan kedudukan dan kemudahan parkir yang luas.

“Kawasan ini mempunyai kelebihan dari segi akses dan tempat letak kereta yang banyak. Ini memudahkan pengunjung dan berpotensi menarik lebih ramai pelanggan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hasbi turut menekankan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sebagai perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Beliau mengingatkan pihak pengurusan supaya menyediakan tong sampah mencukupi serta memastikan jadual pembersihan dilaksanakan secara konsisten bagi mengelakkan pencemaran dan risiko keracunan makanan.

“Peniaga perlu mematuhi piawaian kesihatan yang ditetapkan. Pastikan makanan disediakan dalam keadaan bersih, bahan mentah disimpan dengan baik dan peralatan digunakan secara selamat,” katanya.

Tambah beliau, pengurusan bazar juga digalakkan menyediakan pelan kawalan trafik yang sistematik terutama pada waktu puncak menjelang berbuka puasa bagi mengelakkan kesesakan.

Beliau turut menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan urusan jual beli dan meningkatkan tahap profesionalisme peniaga.

“Bazar Ramadan bukan sekadar tempat berniaga, tetapi medan memperkukuh silaturahim dan menyemarakkan semangat komuniti.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, bazar ini akan berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Hasbi pada masa sama merakamkan penghargaan kepada Persatuan Melayu Limbang atas komitmen menguruskan Bazar Kios Ramadan 2026 demi manfaat masyarakat setempat.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Melayu Limbang, Mahmud Bakar; wakil Pegawai Daerah, Hadiana Matzaman dan Ketua Kampung Bunga Raya, Adenan Hamdan.

  • Related Posts

    Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

    PUTRAJAYA – Kerajaan tekad memastikan sebahagian institusi pondok mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan aliran berkenaan turut menyumbang dan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

    PUTRAJAYA – Institusi pondok perlu diperkasa dengan penguasaan ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), selaras perkembangan teknologi dan keperluan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

    Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

    Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

    Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

    Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

    Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

    Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

    Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

    PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

    PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

    NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

    • By Ezmie
    • September 19, 2026
    NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya