Isu perpaduan: Waspada tangan ghaib, jangan ulangi sejarah

PENINGKATAN isu sensitif yang menyentuh perpaduan kaum dan keharmonian agama kebelakangan ini perlu ditangani secara berhemah dan bijaksana agar tidak menggugat kestabilan negara.

Pemerhati politik, Norman Daud berpandangan, perkembangan tersebut wajar dinilai secara menyeluruh sama ada ia sekadar dinamika politik dalaman atau berkemungkinan mempunyai dimensi yang lebih besar melibatkan campur tangan pihak luar.

Beliau berkata, Malaysia yang selama ini dikenali sebagai negara aman dan makmur sememangnya menjadi perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya apabila negara mengambil pendirian tegas dalam isu kemanusiaan sejagat termasuk Palestin serta lantang mengkritik kezaliman Israel dan kuasa besar tertentu.

“Dalam sejarah dunia, terdapat contoh bagaimana kuasa luar menggunakan strategi halus untuk melemahkan sesebuah negara dari dalam.

“Cara paling mudah untuk menjatuhkan kerajaan yang tegas di pentas antarabangsa adalah dengan memastikan negara itu tidak stabil di peringkat domestik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Norman merujuk kepada kisah T. E. Lawrence atau lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia, yang menyusup masuk dalam masyarakat Arab ketika era Empayar Uthmaniyyah sehingga mencetuskan pemberontakan yang akhirnya melemahkan empayar berkenaan.

Beliau turut menyingkap peranan Christiaan Snouck Hurgronje di Indonesia yang menyamar sebagai Muslim bagi memahami dan memecah-belahkan kekuatan umat Islam di Nusantara demi kepentingan penjajah.

“Sejarah membuktikan taktik memecah-belahkan masyarakat melalui sentimen perkauman dan keagamaan bukan perkara baharu. Ia strategi lama yang diolah dalam wajah moden,” katanya.

Norman berkata, sebarang provokasi melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja perlu ditangani secara tegas oleh pihak berkuasa kerana kegagalan berbuat demikian boleh membuka ruang kepada anasir subversif.

Beliau mengingatkan beberapa negara di Timur Tengah seperti Libya, Iraq dan Syria pernah melalui episod ketidakstabilan dalaman yang akhirnya membawa kepada konflik berpanjangan serta campur tangan asing.

“Apabila rakyat mula berpecah dan saling mencurigai, ketika itulah pihak luar mudah masuk atas alasan mahu menjadi ‘penyelamat’. Hakikatnya, keadaan menjadi lebih rumit dan negara terus lemah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan naratif kebencian atau agenda tersembunyi yang boleh menghakis perpaduan nasional.

“Malaysia yang aman ialah benteng kekuatan kita. Tanggungjawab mempertahankan perpaduan bukan hanya di bahu kerajaan, tetapi seluruh rakyat. Jangan biarkan emosi mengatasi rasional sehingga kita mengulangi kesilapan sejarah,” katanya.

Norman menegaskan keamanan, kemakmuran dan keharmonian antara kaum perlu terus dipelihara sebagai asas kestabilan negara demi masa depan generasi akan datang.

Related Posts

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan tekad memastikan sebahagian institusi pondok mempunyai laluan ke universiti bagi membolehkan lulusan aliran berkenaan turut menyumbang dan mempengaruhi sistem pendidikan awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

PUTRAJAYA – Institusi pondok perlu diperkasa dengan penguasaan ilmu baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), selaras perkembangan teknologi dan keperluan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya