Lelaki 20 tahun lemas ketika berenang di Wasai Bedanu

TUTONG – Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemui lemas selepas dipercayai hilang semasa berenang di Taman Rekreasi Wasai Bedanu, Kampung Mungkom, pada petang Jumaat lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat ke lokasi kejadian.

Seramai lapan anggota bomba bersama dua jentera telah dikerahkan, diketuai Penguasa Bomba dan Penyelamat dari Unit Penyelam JBP, Mushidee Junaidi serta Pemangku Timbalan Pegawai Balai Peranchis Bayang dari Balai Bomba Lamunin.

Menurut kenyataan JBP, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai lemas ketika sedang berenang di kawasan wasai berkenaan. Anggota bomba kemudiannya menjalankan operasi pencarian di kawasan yang dikenal pasti.

“Mangsa berjaya ditemui oleh anggota penyelam sekitar jam 9.37 malam sebelum diserahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Pasukan Polis Diraja Brunei (PDRB) seramai lima anggota diketuai Inspektor Abd Hadi Abdullah Biju dari Balai Polis Lamunin, tiga anggota tambahan diketuai Sarjan Polis Raimi Sahari serta Ketua Kampung Kiudang, Awang Md Rafaie  Abd Rahim.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK