Desak Muhyiddin berundur, Ronald sila ‘cermin diri’

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bukan sosok pemimpin yang layak mendesak Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada memegang jawatan.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia (Armada), Armada Harris Idaham Rashid berkata, perkara itu mengambil kira prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana Ronald yang memimpin parti di Sabah gagal memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan.

“Majoriti calon Bersatu hilang deposit sehinggga menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti dan keberkesanan kepimpinan beliau dalam konteks PRN tersebut.

“Sekiranya ada pihak yang cuba menggugat kestabilan parti, adalah lebih baik mereka dikenakan tindakan disiplin daripada membenarkan keutuhan parti dihancurkan dari dalam,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ronald yang mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan berundur bagi membolehkan proses pemulihan parti dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mengembalikan hala tuju perjuangan.

Ronald berkata, tindakan itu adalah untuk memulih serta membina semula kekuatan sebenar Bersatu, termasuk memperkukuhkan hubungan strategik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN)

Beliau turut mempertikaikan tindakan Lembaga Disiplin Bersatu yang menghadapkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ‘atas tuduhan lama dan baharu’ yang beliau sifatkan langkah yang jelas bersifat regresif serta bercanggah dengan usaha memperkukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Ronald yang juga Pengerusi Bersatu Sabah berkata, kegagalan Muhyiddin menyatukan parti dengan berkesan sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan.

Lebih malang, katanya, Muhyiddin dilihat menggunakan seluruh baki kekuatan yang ada semata-mata untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden demi memenuhi agenda peribadi untuk kembali menjadi Perdana Menteri, dan menghalang laluan Hamzah daripada memimpin Bersatu pada masa hadapan.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan