Expo Destinasi Muslim Sabah 2026 tawar peluang pelancongan baharu

KOTA KINABALU – Sabah terus diperkasa sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim menerusi penganjuran Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026 yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 Mei 2026 di Event Hall, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.

Presiden Persatuan Pengusaha Agensi Umrah dan Haji Sabah (PAUHS), Nor Azmir Abi Shafian berkata, expo julung kali dianjurkan tersebut adalah sebagai menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2026, selain memperkenalkan potensi besar Sabah sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Sebagai persatuan pengusaha umrah haji Negeri Sabah, kami rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang mesra muslim di negeri Sabah.

“Penganjuran ini juga kami ingin mengetengahkan Sabah sebab kita tengok daripada data Sabah ini, kalau tidak silap saya, antara destinasi pelancongan yang tertinggi di Malaysia untuk dikunjunginya selain Kuala Lumpur,” katanya semasa sidang media Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026 di Hotel Citadines Waterfront, di sini pada Isnin.

Jelasnya, mana-mana lokasi boleh diiktiraf sebagai destinasi pelancongan Muslim selagi memenuhi garis panduan dan kriteria ditetapkan, antaranya kemudahan ibadah, keperluan bersuci, penyediaan makanan halal serta kewujudan tempat solat.

“Destinasi pelancongan Muslim tidak semestinya dimiliki oleh orang Islam, sebaliknya terbuka kepada semua pihak yang mematuhi kriteria mesra Muslim.

“Expo ini juga bertujuan menawarkan alternatif kepada rakyat Sabah terdapat agensi pelancongan tempatan yang mampu menyediakan pakej pelancongan Muslim, termasuk bagi pasaran pelancong antarabangsa,” katanya.

Tambah Nor Azmir, expo tersebut dirancang sebagai penganjuran bersiri, bermula di Kota Kinabalu sebelum diperluaskan ke Sandakan dan Tawau.

Mengulas mengenai kemasukan pelancong dari Timur Tengah, Nor Azmir berkata, Sabah masih kurang menerima kehadiran pelancong dari rantau tersebut ketika ini berbanding Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAUHS akan menggunakan kepakaran dan jaringan agensi umrah yang berpengalaman di Timur Tengah, khususnya Arab Saudi, bagi menarik lebih ramai pelancong dari rantau berkenaan ke Sabah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok