Selagi tiada niat menghina, bukan Islam ucap ‘Alhamdulillah’ adalah harus

PUTRAJAYA – Hukum menyebut `Alhamdulillah’ bagi orang bukan Islam adalah harus selagi ia tidak berniat melakukan penghinaan atau istihza’.

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, perkara itu terbukti berdasarkan beberapa dalil dan hujah.

Beliau memaklumkan, antaranya berdasarkan firman Allah SWT menerusi surah Luqman ayat 25 yang menunjukkan menyebut nama Allah bukan khusus kepada orang Islam, bahkan telah berlaku sejak zaman musyrikin Mekah.

“Berdasarkan kaedah fiqh pula, asal hukum bagi perkataan adalah harus, sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

“Malah, Imam al-Nawawi turut menyatakan zikir dan pujian kepada Allah SWT bukan syarat sahnya Islam, dan tidak semua lafaz pujian membawa implikasi akidah (al-Majmū‘ Sharh al-Muhadhdhab).

“Ini menunjukkan pujian kepada Allah tidak secara automatik menjadikan seseorang Muslim, dan tidak dilarang bagi bukan Islam,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Izhar berkata, berdasarkan fatwa kontemporari pula, Dar al-Ifta’ Mesir menyatakan bahawa ucapan pujian kepada Allah oleh bukan Muslim adalah dibenarkan, selagi tidak digunakan untuk mempermainkan agama.

Selain itu, beliau berpandangan, Yusuf al-Qaradawi dalam buku Fi Fiqh al-Aqalliyyāt menegaskan perkataan Alhamdulillah adalah lafaz bahasa Arab.

“Tidak disyaratkan Islam untuk mengucapkannya dan yang diambil kira ialah niat yang menyebutnya,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Izhar menegaskan, hukum harus itu akan berubah kepada haram sekiranya kalimah Alhamdulillah digunakan untuk menghina atau mengejek Islam.

Selain itu, beliau berpandangan, ia juga akan menjadi haram sekiranya diucapkan dalam konteks ritual ibadah Islam dengan niat mempermainkan, atau disertai niat kufur atau istihza’ menghina Islam.

Semalam, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam termasuk Alhamdulillah pada persidangan Dewan Rakyat.

Siti Zailah menyifatkan tindakan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat bukan Islam, malah seolah-oleh mempermainkan kesucian Islam.

Related Posts

13 warga asing ditahan salah guna pas lawatan

SEPANG – Seramai 13 warganegara asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang menyasarkan premis perniagaan dekat sini baru-baru ini. Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melalui Bahagian Penguatkuasaan Putrajaya berkata operasi tersebut turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia membantu menyelesaikan isu pengiktirafan ijazah membabitkan empat pelajar swasta Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria, Mesir.   Menterinya, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu