NRES komited imbangi pembangunan, pemeliharaan alam sekitar

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus komited dalam mengimbangi kemajuan pembangunan dengan pemeliharaan khazanah alam yang menjadi warisan generasi masa hadapan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, selaras dengan permulaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), pihaknya komited untuk menterjemah aspirasi Yang di-Pertuan Agong menerusi tadbir urus yang berintegriti.

“Antara fokus strategik yang saya gariskan termasuklah pemerkasaan model pembangunan rendah karbon melalui platform antarabangsa seperti IGEM yang telah mencatatkan potensi pelaburan memberangsangkan sebanyak RM20.7 bilion.

“Selain itu, NRES sedang mempergiat pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) serta memperkukuh jaminan air negara melalui projek pemetaan air bawah tanah di beberapa negeri termasuk Sabah dan Kelantan bagi mendepani cabaran cuaca ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan usul di Parlimen Malaysia, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, dari aspek pengurusan sumber strategik, kerajaan tetap tegas dengan dasar larangan eksport mentah unsur nadir bumi (REE) demi memastikan pembangunan rantaian nilai domestik yang memberi impak ekonomi tinggi kepada negara.

“Kami juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pencemaran, di mana tindakan tegas melalui Task Force khas akan terus diperkukuh bagi menjamin keselamatan sumber air dan kesejahteraan rakyat,” tegasnya.

Arthur menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengamalkan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam menjayakan agenda kelestarian kita.

“Alam sekitar ini adalah amanah Tuhan yang perlu kita jaga dengan penuh rasa tanggungjawab demi kesejahteraan anak cucu kita,” ujarnya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP