Pemandu teksi maut nahas empat kenderaan

KUANTAN – Seorang pemandu teksi maut, manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143 Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran jambatan timbang Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Rompin, dekat sini malam tadi.

Abdul Rahman Yusoff, 60, dari Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah akibat nahas membabitkan sebuah kereta Toyota Vios, Proton Wira dan Perodua Alza, kira-kira jam 11.20 malam itu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Vios berusia 26 tahun dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan, manakala dua lagi kenderaan dari arah bertentangan.

“Tiba di tempat kejadian, pemandu Toyota Vios dipercayai gagal mengawal kenderaan dan memasuki ke laluan bertentangan sebelum melanggar dua kenderaan dari arah bertentangan.

“Pemandu Perodua Alza cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, isteri pemandu teksi berkenaan yang berusia 58 tahun, anak lelaki berusia 20 tahun dan cucu perempuan mereka berusia 14 tahun juga mengalami kecederaan.

“Pemandu Toyota Vios turut cedera, manakala pemandu Proton Wira berusia 56 tahun tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Rompin, Inspektor Nor Asyiqin Daud di talian 011-10815434 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Oleh: Eveline B & Nana Mohamad SIBU – Pendidikan kesihatan perlu dipupuk sejak usia muda bagi membentuk generasi yang berilmu serta mengamalkan budaya hidup sihat sehingga ke alam dewasa. Penolong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar