Rejim Zionis halang pesakit seberang Lintasan Rafah

GAZA – Pihak berkuasa pendudukan Israel menghalang pesakit dan individu cedera daripada melakukan perjalanan melalui pintu sempadan Rafah di selatan Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA ).

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Raed al-Nims memberitahu WAFA yang pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan mengenai pembatalan itu, walaupun semua prosedur diselesaikan dan pesakit sudah bersedia di Hospital Bulan Sabit Merah di Khan Younis.

Perkara itu mengejutkan pihak berkuasa berkaitan dan pesakit.

Beliau berkata, sejak pintu sempadan itu dibuka semula pada Isnin, hanya 50 pesakit dan individu cedera, termasuk pengiring mereka, berjaya keluar.

Seramai tujuh pesakit bersama pengiring berlepas pada hari pertama, manakala 16 lagi pada hari kedua, semuanya dalam tempoh 48 jam.

Al-Nims berkata, pembatalan itu berlaku dalam konteks ‘sikap melengah-lengahkan dan menghalang perjalanan pesakit’ oleh pihak pendudukan, walaupun terdapat keperluan mendesak untuk mendapatkan rawatan di luar Semenanjung Gaza, sambil menyatakan kira-kira 18,500 pesakit dan individu cedera memerlukan rawatan di luar negara.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor