35 maut salji lebat landa Jepun

TOKYO – Salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari lalu mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh negara itu, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba, lapor Xinhua.

Mangsa dilaporkan di pelbagai wilayah, termasuk Niigata, Akita, Yamagata, Hokkaido dan Aomori.

Wilayah Niigata di pesisir Laut Jepun adalah kawasan paling terjejas dengan 12 kematian dilaporkan setakat Rabu.

Menurut pihak bomba, banyak kematian berlaku semasa operasi membersihkan salji, termasuk terjatuh dari bumbung serta sakit mengejut semasa bekerja atau berehat.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan corak tekanan musim sejuk berterusan membawa salji lebat, terutama di sebelah Laut Jepun, di bahagian utara dan barat.

Penyiar awam NHK melaporkan, salji terkumpul di sebahagian wilayah Aomori melebihi 4.3 meter, manakala beberapa kawasan di Niigata mencatat salji setebal hampir 3 meter.

Menurut Kyodo News, cuaca buruk ini juga turut merosakkan 14 bangunan kediaman.

Dengan kenaikan suhu di kebanyakan kawasan di Jepun, pihak berkuasa terus menasihatkan penduduk agar berhati-hati terhadap tanah runtuh, salji jatuh daripada bumbung dan gangguan lalu lintas.

Pegawai kaji cuaca turut menggesa orang ramai berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya runtuhan salji dan gangguan bekalan elektrik akibat salji yang terkumpul pada kabel utiliti.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital