Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu.

Menurut laporan The Thaiger, fosil itu ditemui di kawasan perkuburan di barat Kampung Ban Mai Nong Daeng, daerah Ban Khwao, selepas penduduk menggunakan jentera berat untuk meratakan tanah bagi pembinaan krematorium.

Penemuan itu diumumkan selepas Yodsanya, 53, yang mula menemui serpihan fosil berkenaan, membawa pasukan penyelidik ke lokasi penemuan.

Yodsanya kemudian mengumpulkan beberapa serpihan tulang dan menghantarnya untuk pemeriksaan sebelum disahkan sebagai fosil dinosaur.

Fosil berkenaan dianggarkan berusia lebih 20 juta tahun lebih tua berbanding fosil Nagatitan, iaitu dinosaur pemakan tumbuhan yang hidup kira-kira 110 hingga 115 juta tahun lalu yang sebelum ini ditemukan di daerah Nong Bua Rawe, Chaiyaphum.

Menurut laporan Thairath, penyelidik setakat ini menemui lebih 100 serpihan fosil, termasuk tulang belakang, tulang kaki, sendi, buku lali dan jari kaki dinosaur. Sisa fosil sirip jerung turut ditemui di lokasi sama.

Fosil itu akan dibawa ke pusat penyelidikan untuk kajian lanjut, manakala kerja penggalian diteruskan bagi mencari lebih banyak sisa dinosaur yang dipercayai masih tertanam di bawah lapisan batu kapur.

Penemuan itu juga adalah fosil dinosaur keempat yang ditemukan di Chaiyaphum. Selepas kajian selesai, penduduk setempat merancang membangunkan kawasan penemuan itu sebagai pusat pembelajaran dan tarikan pelancongan.

Kajian berkenaan diketuai Dr Sita Manitkoon, penyelidik yang sebelum ini menemukan fosil Nagatitan chaiyaphumensis, bersama pakar geologi dari Pusat dan Muzium Penyelidikan Dinosaur, Khon Kaen, pegawai tempatan serta penduduk kampung.

Pada Julai lalu, penyelidik dari Universiti Mahasarakham turut mengenal pasti spesies baharu dinosaur sauropod berleher panjang berdasarkan fosil yang ditemukan di Kalasin.

Penemuan itu menjadikan Thailand mempunyai 15 spesies dinosaur yang sudah dikenal pasti dan diberikan nama secara rasmi.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta