Roger Yapp letak jawatan, mahu ubah pendekatan kerja

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) Sabah, Roger Yapp mengumumkan peletakan jawatannya dan semua jawatan lain dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Roger dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Ahad berkata, keputusan itu dibuat untuk menukar pendekatan cara kerja mendekati rakyat dan bukannya disebabkan kepentingan diri, emosi atau rasa takut.

“Niat dan prinsip saya kekal tidak pernah berubah. Oleh itu, saya akan terus bersuara dan bekerja untuk rakyat Sabah.

“Saya juga memohon agar semua memberi sokongan untuk anak-anak muda,” katanya.

Roger turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan MCA khususnya Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Ketua Pemuda MCA, Ling Tiang Soon dan mantan Setiausaha Agung, Datin Paduka Chew Mei Fun atas peluang dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti terbabit.

Dalam pada itu, Roger turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan Naim Moktar atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, baru-baru ini.

Katanya, sebelum pemergian Allayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Bung sentiasa memberi nasihat selain membantu Naim sekiranya dipilih menjadi calon.

“Sepanjang 14 hari tempoh kempen, saya bersama Naim di Kinabatangan, turun naik perahu, mendaki bukit dan menziarahi rakyat dari kampung ke kampung, siang dan malam.

“Arwah Bung selalu ajar saya agar anak muda sentiasa bersyukur, merendah hati dan saling membantu, itu nasihat yang saya pegang hingga ke hari ini, ” ujarnya.

Pada PRK Parlimen Kinabatangan, Naim menang dengan majoriti 14,214 undi selepas memperoleh 19,852 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman (5,638 undi) dan Goldam Hamid (Bebas) dengan 946 undi.

Related Posts

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

SEGAMAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit menampilkan tiga tekad utama dalam membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya menang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor sedang menuju era baharu, Haniff gariskan lima sebab PH wajar diberi mandat lima tahun

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Haniff Hosman menggariskan lima sebab utama mengapa rakyat Johor perlu memberikan mandat penuh selama lima tahun kepada Pakatan Harapan bagi meneruskan agenda pembangunan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan