Bakul makanan ringankan beban mangsa banjir di Trusan

LAWAS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lawas dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan misi bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di Daerah Kecil Trusan. 

Inisiatif tersebut melibatkan pengagihan di beberapa kawasan terjejas antaranya Kampung Lintang, Kampung Lubok Abai, Kampung Long Suang serta penempatan sekitar yang dinaiki air.

Kejadian banjir di kawasan berkenaan berlaku susulan peningkatan paras air sungai akibat hujan berterusan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, anggota APM bersama agensi terlibat telah digerakkan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan selamat dan teratur.

Menurutnya, misi bantuan diteruskan meskipun pasukan penyelamat berdepan cabaran keadaan jalan perhubungan yang sukar di beberapa lokasi.

“Usaha bersepadu ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir selain memastikan kebajikan serta keperluan asas penduduk terus terpelihara sepanjang tempoh bencana,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, APM Daerah Lawas bersama agensi berkaitan akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan tambahan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, orang ramai yang menghadapi sebarang situasi kecemasan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas di talian 085-262073 atau talian kecemasan 999.

Related Posts

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus