Ringgit hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, susulan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Pada awal dagangan, mata wang tempatan diniagakan sekitar RM4.02 berbanding dolar AS, iaitu paras yang kali terakhir dicatatkan pada 21 Januari 2021 apabila ringgit berada pada 4.0280/0320.

Setakat jam 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0285/0440 berbanding dolar AS, berbanding paras penutup 4.0370/0415 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan MPC itu mengukuhkan jangkaan terhadap kestabilan dasar monetari, sekali gus menyokong prestasi ringgit.

Beliau berkata, sentimen pasaran turut bertambah baik selepas Presiden AS, Donald Trump meredakan pendirian agresifnya terhadap Greenland.

Selain itu, peningkatan inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS kepada 2.8 peratus pada Disember, berbanding 2.7 peratus sebelum ini, adalah selari dengan jangkaan pasaran dan mengukuhkan andaian bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat minggu hadapan.

“Sementara itu, Indeks Dolar AS susut 0.48 peratus kepada 98.287 mata, manakala harga emas semerta terus mencatat paras tertinggi baharu pada AS$4,939.64 setiap auns. Justeru, ringgit berpotensi untuk terus mengukuh hari ini susulan kelemahan dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Dalam dagangan awal, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama dunia.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5416/5516 daripada 2.5440/5469 pada Khamis, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.4381/4590 daripada 5.4273/4334 serta melemah berbanding euro kepada 4.7347/7529 daripada 4.7205/7257.

Berbanding mata wang serantau, ringgit turut diniagakan tidak sehala. Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.81/6.84 daripada 6.82/6.83 dan hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 238.4/239.4 daripada 238.9/239.3.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1458/1581 daripada 3.1441/1478 dan melemah berbanding baht Thailand kepada 12.9592/13.0187 daripada 12.8587/8792.

Related Posts

Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

KUALA LUMPUR – Wellspire Holdings Bhd memaklumkan pengerusi bebas bukan eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah, bersara daripada lembaga pengarah syarikat. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

KOTA KINABALU – Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) bukan sahaja bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi, malah memastikan manfaat subsidi diesel disalurkan secara lebih adil kepada rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang