Cegah rabies! Vaksin percuma di Bintulu Sabtu ini

BINTULU – Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Jabatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu akan menganjurkan Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma (Spot Vaccination) dan Pelesenan Anjing Peliharaan pada Sabtu ini.

Program berkenaan dijadualkan berlangsung di Rumah Engkabang anak Angang, KM23, Jalan Bintulu-Miri bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut penganjur, inisiatif tersebut bertujuan membantu pemilik anjing memastikan kesihatan haiwan peliharaan mereka terjaga, selain langkah penting mencegah penularan wabak rabies di daerah ini.

“Kami menyeru orang ramai agar membawa anjing peliharaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Syarat utama yang ditetapkan ialah anjing mestilah berumur tiga bulan ke atas, tidak bunting atau sedang menyusukan anak,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, pemilik perlu memastikan haiwan peliharaan sentiasa dikawal menggunakan tali penambat (leash) sepanjang berada di lokasi program.

Selain itu, pemilik juga diminta membawa kad pengenalan diri bagi melancarkan urusan pendaftaran dan pelesenan.

Justeru, orang ramai digalakkan untuk menyebarkan maklumat program ini kepada jiran dan rakan-rakan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan komuniti di Bintulu terus terpelihara.


Foto: Bintulu Development Authority (BDA)

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit