Sarang serangga ‘lengan baju’ 3 kaki dimusnahkan

LAWAS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lawas berjaya memusnahkan sarang serangga penyengat jenis ‘lengan baju’ sepanjang tiga kaki dalam satu operasi di Kampung Sualai, Jalan Punang dekat sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas, Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, operasi dilakukan susulan panggilan kecemasan daripada penduduk yang bimbang dengan kewujudan sarang serangga berbahaya itu berhampiran kediaman mereka.

“Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima aduan. Hasil pemeriksaan mendapati sarang berkenaan berada di atas pokok berhampiran rumah pengadu.

“Anggota bertugas kemudiannya bertindak memusnahkan sarang tersebut menggunakan teknik pembakaran terkawal bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi pemusnahan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini atau kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, Maradona turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan ancaman serangga berbisa kerana ia boleh mengundang risiko keselamatan.

“Orang ramai disarankan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas di talian 085-262073 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan pantas,” tambahnya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor