Penerima STR di Sabah luah syukur, hargai inisiatif kerajaan

SABAH – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Sabah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas bantuan yang disifatkan banyak membantu melegakan perbelanjaan rakyat, khususnya dalam kalangan golongan B40.

Salah seorang penerima dari Kalabakan, Huzaina Salleh, 53, berkata, beliau amat menghargai inisiatif kerajaan tersebut.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, sebab dengan bantuan STR ini banyak membantu saya dan masyarakat, bantuan setiap tiga bulan dalam jumlah-jumlah yang tertentu mengikut kadar-kadar kategori keluarga.

“Jadi saya mahu berterima kasih kepada PMX, terima kasih banyak-banyak sebab dia banyak membantu dan meringankan perbelanjaan untuk semua penerima STR,” katanya ketika ditemuramah wartawan TMP, pada Selasa.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Aridin Kansi, 64, dari Tenom turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan yang menerajui ketika ini.

“Saya sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan yang menerajui ketika ini. Dengan bantuan STR ini, banyak sangat memberi manfaat kepada warga setempat terutama di pedalaman Tenom.

“Mudah-mudahan bantuan ini diteruskan dan kalau dapat ditambah baik, lagi baik ditambahkan sebab bagi golongan B40 ini terlalu sangat memerlukan bantuan ini,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar bantuan berkenaan dapat dipertingkatkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup.

“Jadi mohon kepada kerajaan yang MADANI ketika ini boleh ditambah lagi kalau dapat lah, sebab banyak membantu, mengurangkan kos perbelanjaan rakyat.

“Terima kasih banyak-banyak semoga kerajaan dilindungi, di mana sahaja supaya perancangan Sabah lebih maju lagi,” doanya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz, 21, yang merupakan penerima STR kali pertama turut menzahirkan rasa syukur atas inisiatif tersebut.

“Ini pertama kali saya menerima STR, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan MADANI, sumbangan ini dapat membantu saya dan juga masyarakat bagi meringankan kos sara hidup.

“Terima kasih, saya harap bantuan ini akan berterusan lah hingga tahun ke hadapan,” katanya.

Sebagai rekod, kira-kira 5 juta penerima di seluruh negara dengan jumlah bantuan antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing yang disalurkan bermula hari ini.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik