Projek Waterfront Mukah, benteng sungai bernilai RM100 juta bermula tahun Ini

Oleh: Tengku Majid

MUKAH – Pembinaan Waterfront Mukah dan Benteng Hakisan Sungai Tellian membabitkan kos keseluruhan RM100 juta dijangka bermula tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pelaksanaan dua projek berimpak tinggi itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi memastikan pembangunan pesat dan terancang di kawasan berkenaan.

“Projek ini bukan sahaja akan memperindah landskap bandar, malah berfungsi menangani masalah hakisan serta meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Tellian Tengah Fasa 1 dan penyerahan surat hak milik tanah di CENTEXS Mukah pada Selasa.

Mengulas mengenai SPK Tellian Tengah Fasa 1, Royston memaklumkan projek bernilai RM30 juta itu dijadualkan siap sepenuhnya pada September 2026.

Ujarnya, ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkasa kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan beberapa projek lain yang dirancang di DUN Tellian termasuk pembinaan Mukah Integrated Market bernilai RM40 juta, Medan Selera Kala Dana (RM13 juta) serta benteng hakisan Pantai Kuala Petanak (RM20 juta).

“Pemberian surat hak milik tanah pada hari ini juga memberi jaminan pemilikan sah kepada rakyat, sekali gus membuka peluang ekonomi dan masa depan generasi akan datang,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi; Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh serta Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor