Ringgit pulih selepas prestasi lemah Jumaat lalu

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 5.7 peratus pada suku keempat 2025, menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia yang berterusan.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0540/0640 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0605 semasa ditutup Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS bagaimanapun berada dalam aliran meningkat, dengan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Beliau berkata, kemungkinan pilihan raya lebih awal di Jepun menyebabkan yen rendah berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat.

Bagaimanapun, katanya anggaran awal KDNK Malaysia bagi suku keempat 2025 yang lebih kukuh daripada jangkaan menunjukkan bahawa ekonomi kekal berdaya tahan.

“Selain itu, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia pada Khamis ini dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada paras semasa.

“Oleh itu, ringgit berbanding dolar AS dijangka berada antara RM4.05 dan RM4.06 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound, yang meningkat kepada 5.4328/4462 daripada 5.4332/4399 sebelum ini.

Ringgit rendah berbanding yen Jepun kepada 2.5728/5793 daripada 2.5637/5670 semasa ditutup pada Jumaat lalu dan merosot berbanding euro kepada 4.7120/7236 daripada 4.7076/7134 dicatatkan minggu lalu.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 240.0/240.7 daripada 240.1/240.5.4 semasa ditutup pada Jumaat lalu manakala berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.83/6.85 daripada 6.83/6.84 sebelum ini.

Ia turut merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9525/9932 daripada 12.9115/9332 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1502/1585 daripada 3.1479/1521.

Related Posts

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari

IPOH – Perak terus mengorak langkah agresif dalam agenda ekonomi hijau apabila berjaya menarik potensi pelaburan dari China bernilai antara RM180 juta hingga RM200 juta menerusi pembangunan projek tenaga baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperhebat langkah kesiapsiagaan negara menerusi pelaksanaan dasar yang lebih tepat, penyelarasan bantuan yang adil serta tindakan segera bagi mendepani cabaran krisis bekalan global susulan ketidaktentuan ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen