SARA mula disalur, 3.1 juta golongan bujang tarik nafas lega

Oleh: Haziq Azhar & Tengku Majid

KUCHING – Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bujang yang mula disalurkan hari ini, disambut dengan penuh kesyukuran dan nada positif oleh golongan penerima di seluruh negara.

Inisiatif kerajaan MADANI yang memberi manfaat kepada 3.1 juta rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama ini dilihat sebagai ‘talian hayat’ bagi meringankan kos sara hidup, khususnya buat golongan muda yang sedang membina kerjaya.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP) mendapati rata-rata penerima menyifatkan bantuan ini bukan sahaja meringankan beban, malah satu bentuk pengiktirafan kepada peranan orang bujang dalam merancakkan ekonomi negara.

Bagi seorang pengawal keselamatan, Mohd Safuani, 35, bantuan ini amat bermakna buat dirinya.

“Mengenai SARA bujang ini, bagi saya ia langkah yang amat baik. Ini membuktikan Kerajaan MADANI cakna dan memandang serius keperluan untuk membantu meringankan beban orang bujang dari segi ekonomi masa kini,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, kaedah penyaluran bantuan secara tanpa tunai melalui MyKad turut mendapat pujian kerana dianggap mendidik masyarakat berbelanja secara berhemah.

Pengasas bersama Lettuboost Enterprise, Zulhilmi Reduan berkata, mekanisme pembelian yang tertakluk kepada barangan keperluan asas sahaja adalah langkah bijak dalam mengawal tabiat pembelian impulsif.

“SARA untuk individu bujang ini disalurkan dengan amat cermat. Dengan kaedah melalui MyKad, kerajaan berjaya mengawal nafsu keinginan rakyat daripada membeli barangan yang tidak berfaedah.

“Langkah ini mestilah diteruskan dengan konsisten supaya sumbangan yang disalurkan mencapai objektif sepatutnya. Bak kata kekasih bayangan saya, nafsu kata lain, SARA kata keperluan,” ujarnya dengan nada berseloroh namun tegas.

Sementara itu, pekerja swasta, Amir Hamzah, 34, melihat inisiatif ini dari sudut pengurusan kewangan peribadi yang lebih strategik.

“Salah satu kelebihan yang saya nampak, ia mengingatkan kita untuk berjimat.

“Bila kerajaan sudah bantu belanja barang dapur dalam lingkungan RM100, baki duit gaji bolehlah kita gunakan untuk keperluan lain yang mendesak atau dijadikan simpanan masa depan,” jelasnya.

Penyaluran sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan bujang dan pengundi muda sebagai satu bentuk pemerkasaan ekonomi, selari dengan aspirasi negara untuk bergerak teguh bersama.

Related Posts

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

PUTRAJAYA – Pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) diharapkan bukan sekadar `cakap-cakap’ atau berlandaskan kompromi politik, namun perlu dilaksanakan telus, berakauntabiliti dan dilindungi. Presiden Badan Peguam Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun