PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memaklumkan, perkara tesebut juga tidak dimaklumkan kepadanya setakat ini.

“Saya tidak tahu (PH bekerjasama dengan Bersatu di PRN Melaka). Saya bukan PH Melaka.

“Tak dimaklumkan (dakwaan perbincangan PH bekerjasama dengan Bersatu),” katanya ringkas kepada media selepas meninjau bilik media sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau akan membawa beberapa pandangan serta perubahan bagi menambah baik penyampaian maklumat dalam parti, termasuk memastikan isu yang paling dirasai rakyat dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan, pihaknya turut mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan ketua-ketua cabang yang mahu memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat dari peringkat akar umbi.

“Saya bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih terutama kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan hasrat untuk memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat.

“Memang sebelum ini pun ada, tetapi mungkin mereka perlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu di peringkat Parlimen dapat diketahui oleh kami di Putrajaya dan seterusnya diusahakan penyelesaiannya,” katanya. 

Related Posts

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi isu kehadiran pelarian asing terus berlarutan, sebaliknya mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat berlandaskan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

MELAKA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dijangka menjadi antara perkara yang mendapat perhatian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, selain krisis politik di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu – Mohamad Duri

Kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu – Mohamad Duri

PVATM Lundu rai ulang tahun ketujuh, erat persaudaraan veteran