Golongan bujang syukur bantuan SARA 2026

KOTA KINABALU – Golongan bujang sambut baik usaha kerajaan meringankan kos sara hidup menerusi pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM600 setahun.

Salah seorang penerima, DK Nur Azwani Ag Abas, 27, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran bantuan SARA yang telah dikreditkan hari ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan SARA bagi golongan bujang yang dikreditkan hari ini.

“Bantuan ni amat bermakna meringankan kos sara hidup serta keperluan harian saya,” kongsinya ketika ditemui wartawan TMP, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Esylyn Rulin, 28, berkata bantuan SARA yang diterimanya buat pertama kali amat bermakna, kerana beliau kini menetap di kawasan bandar dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Saya sangat gembira kerana ini kali pertama menerima SARA. Ia dapat meringankan kos bulanan saya, lebih-lebih lagi apabila tinggal di bandar,” katanya yang baru berpindah dari Tongod ke Kota Kinabalu.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan SARA melalui kad pengenalan sebagai satu langkah berkesan bagi memastikan bantuan digunakan dengan sebaiknya.

“Inisiatif menggunakan kad pengenalan sangat bagus kerana dapat mengelakkan pembelian barangan tidak sepatutnya seperti rokok. Hanya barangan keperluan asas sahaja dibenarkan,” jelasnya.

Manakala, Umie Affifah Roslan, 26, yang juga penerima SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berharap agar kerajaan akan terus memberi perhatian kepada golongan bujang yang turut berdepan pelbagai komitmen kewangan.

“SARA amat membantu dalam meringankan perbelanjaan bulanannya yang mana boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

“Golongan bujang juga mempunyai banyak komitmen. Sekurang-kurangnya RM600 ini dapat membantu membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur dan minyak,”ujarnya.

Sebagai rekod seramai 3.1 juta individu bujang di seluruh negara menerima SARA yang mula dikreditkan pada hari ini.

Related Posts

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini. Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan penambahbaikan syarat pengambilan perajurit muda bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat negara ini menyertai perkhidmatan ketenteraan. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar