KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut bagi menjawab dan meneliti setiap kebimbangan yang dizahirkan oleh guru-guru berhubung pelaksanaan polisi terbabit.

“Saya memahami kegusaran yang disuarakan oleh guru-guru berhubung Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Buat masa ini, saya memohon agar semua guru bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan perkara ini secara menyeluruh.

“Saya telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Penasihat Undang-Undang KPM untuk mengadakan satu sesi khas bersama pemegang taruh bagi menjawab dan meneliti setiap kebimbangan yang dizahirkan oleh guru-guru,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fadhlina memaklumkan, polisi itu merujuk kepada perlindungan kepada semua yang terlibat dan berurusan dengan murid.

“Keutamaan KPM adalah untuk melindungi semua murid, guru dan seluruh warga sekolah.

“Sekiranya terjadi sesuatu insiden di sekolah, polisi ini memberi panduan yang terperinci berkaitan tanggungjawab semua pihak dan cara untuk menanganinya,” katanya.

Tambahnya, KPM komited untuk memastikan setiap pelaksanaan dibuat secara teliti dan bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan paksaan kepada guru untuk menandatangani aku janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui surat pekeliling ikhtisas (SPI) adalah sesuatu yang amat tidak wajar.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, ia menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid dalam aspek perlindungan kepada mereka.

Tambahnya, NUTP amat menyokong dan menyambut baik semua inisiatif dan usaha Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan murid-murid selamat, dilindungi dan sejahtera semasa berada di sekolah.

Namun, ujarnya, NUTP berpandangan bahawa polisi yang aku janjinya ditandatangani oleh guru itu akan merisikokan guru dan menjadi penguat kepada sesiapa yang menjadi plaintif dalam saman sivil kepada guru yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan.

Related Posts

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera