SARA Bujang: Talian hayat untuk anak muda

Oleh: Mohammad Fikri, Helda Julie, Hafiq Hassan, Nana Mohamad & Jasmine AE

KUCHING – Gelombang kegembiraan kini dirasai oleh golongan bujang di seluruh negara apabila penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula dikreditkan, disifatkan sebagai ‘talian hayat’ bagi anak muda mendepani cabaran kos sara hidup semasa.

Rata-rata penerima menyambut baik inisiatif kerajaan MADANI ini yang dilihat peka dengan denyut nadi rakyat, sekali gus menyaksikan laman media sosial dipenuhi dengan ucapan penghargaan.

Seiring dengan rasa syukur yang dizahirkan oleh penerima manfaat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Bagi pekerja swasta, Amylia Natasya Satra, 26, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan tersebut.

“Bantuan RM50 sebulan ini amat bermakna dalam meringankan kos sara hidup, khususnya bagi barangan keperluan asas.

“Kaedah penggunaan kad pengenalan sahaja sangat memudahkan. Inisiatif ini jelas mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Mendidik Belanja Berhemah

Sementara itu, seorang pekerja sendiri, Mohammad Ijlal, 23, berpendapat mekanisme penyaluran SARA melalui MyKad bukan sahaja efisien malah mendidik anak muda berbelanja secara berhemah.

“Pendekatan ini memastikan sumbangan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan asas harian, sejajar dengan matlamat asalnya. Ia membantu mengawal corak perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran terhadap perkara yang tidak memberi manfaat jangka panjang.

“Saya berpandangan pendekatan ini wajar diteruskan secara konsisten kerana ia mendidik masyarakat membezakan antara keperluan dan kehendak,” jelasnya.

Pandangan senada disuarakan oleh Mohamad Hazwan Ismail, 26, seorang guru KAFA yang menyifatkan kaedah penyaluran berperingkat setiap bulan memberi ruang fleksibel dalam pengurusan kewangan.

“Biarpun kaedah kali ini berbeza berbanding tahun lalu, ia tetap memberi manfaat besar. Saya boleh merancang perbelanjaan dengan lebih teratur terutamanya apabila benar-benar memerlukan barangan dapur,” ujarnya.

Merentasi Sempadan Wilayah

Kemeriahan penerimaan bantuan ini turut dirasai di Sarawak. Anggota Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Sylvester Juri, 20, meluahkan rasa syukur kerana bantuan tersebut dapat menampung kos barangan dapur.

“Bantuan SARA ini amat membantu saya membeli keperluan dapur, sekaligus membolehkan saya membuat sedikit simpanan daripada gaji bulanan. Saya berharap bantuan sedia ada ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Bagi Nasviniera Vincent, 32, pula, inisiatif ini membuktikan kerajaan serius membantu golongan berpendapatan sederhana yang tersepit dengan kenaikan harga barang.

“Sebagai penerima bujang, saya sangat menghargai bantuan ini. Ia sedikit sebanyak meringankan beban harian. Besar harapan saya agar inisiatif ini ditambah baik pada masa hadapan supaya lebih ramai golongan muda yang baru memulakan kerjaya dapat merasai nikmatnya,” katanya.

Pelaksanaan SARA bagi kategori bujang ini dilihat berjaya menyuntik semangat baharu dalam kalangan rakyat, membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima pembelaan sewajarnya.

Related Posts

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini. Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan penambahbaikan syarat pengambilan perajurit muda bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat negara ini menyertai perkhidmatan ketenteraan. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti