Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, tugas menjaga aspek keselamatan negara bukan sekadar terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya ia menuntut kerjasama padu daripada masyarakat setempat.

Menurut beliau, penduduk perlu berani melaporkan kegiatan menyalahi undang-undang seperti aktiviti penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin, pengedaran dadah serta pemerdagangan manusia melalui saluran yang tepat.

“Kita mahu komuniti perbatasan menjadi komuniti yang berwaspada tetapi tidak takut, berani tetapi tidak melulu dan prihatin tetapi sentiasa bertindak mengikut saluran yang betul,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Outreach Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 2026 Memperkasa Komuniti Perbatasan Bahagian Limbang di Dewan Kampung Belading pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hasbi menyifatkan program berkenaan sebagai platform penting bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat khususnya melalui pendedahan maklumat berkaitan keselamatan sempadan, ancaman wabak rabies serta penipuan dalam talian.

Tegasnya, masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu, sebaliknya sentiasa merujuk saluran rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan bahawa usaha menangani isu penduduk Sarawak yang berdepan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri terus dipergiat menerusi inisiatif Pasukan Petugas Khas (PPK).

Beliau turut berkongsi pencapaian inisiatif tersebut yang merekodkan kelulusan seramai 5,776 pemohon dari seluruh Sarawak bagi pengeluaran dokumen pengenalan diri. 

Selain itu, sebanyak 72 permohonan berjaya diluluskan menerusi program di Long Napir dan Dewan Suarah Limbang pada Mei tahun lalu, manakala kawasan Batu Danau merekodkan 52 permohonan berjaya dengan 28 daripadanya telah menerima surat makluman kelulusan atau dokumen pengenalan diri masing-masing.

Menyentuh mengenai tahap penyampaian perkhidmatan, beliau mengingatkan barisan penjawat awam agar sentiasa memelihara keluhuran integriti memandangkan kumpulan tersebut merupakan wakil kerajaan yang paling hampir dengan rakyat.

“Penjawat awam perlu melaksanakan amanah secara jujur, profesional dan bertanggungjawab selain mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta rasuah yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera