MCA dan MIC usah lagi merajuk, kita sahabat dalam BN

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui kewujudan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan telah menguji hubungan antara parti komponen Barisan Nasional (BN).

Namun, Pengerusi Barisan Nasional itu (BN) menegaskan gabungan tersebut masih relevan dan perlu dipertahankan demi kestabilan politik negara.

Berucap sempena ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Ahmad Zahid secara terbuka memujuk kepimpinan MIC dan MCA agar tidak terus menjauh atau mempertimbangkan untuk meninggalkan BN.

Mengumpamakan hubungan sesama parti komponen seperti adik-beradik, beliau berkata ketegangan, rasa tidak puas hati mahupun tergigit adalah perkara biasa, namun tidak seharusnya membawa kepada perpecahan yang berpanjangan.

“Ada merajuk hendak masuk sana. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Kita dakaplah balik sesama sendiri.

“Merajuk lah, tak apa, tapi merajuk sekejap lepas tu marilah balik, tetapi janganlah merajuk lagi, kita pun tak larat nak pujuk. Balik ke sini, duduk di rumah besar ini kita sama-sama lah… kita rakyat Malaysia, kita sahabat dalam BN,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak menafikan terdapat pemimpin parti komponen yang sebelum ini mempertimbangkan untuk menyertai gabungan politik lain, termasuk Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan itu dibuat atas kepentingan negara serta bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

“Tetapi Alhamdulillah, hari ini semua ada di depan kita (pemimpin MCA dan MIC),” katanya sambil mendapat sorakan gemuruh para perwakilan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan antara parti komponen yang turut hadir pada majlis ucapan dasar Ahmad Zahid pagi ini. 

Related Posts

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

KENYATAAN Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai kepercayaan yang sukar dipulihkan dilihat mengesahkan bahawa krisis politik Perlis masih menjadi titik hitam dalam hubungan antara Pas dan Bersatu). Walaupun Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu lembu korban episod baharu pertelagahan Pas-Bersatu Perlis

KANGAR – Isu dakwaan penjualan bahagian lembu korban sumbangan kerajaan negeri dilihat menjadi episod baharu dalam siri pertelagahan terbuka antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran