APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

LIMBANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang mengambil inisiatif memperkasa tahap kesiapsiagaan warga sekolah berasrama menerusi penganjuran Program Pendidikan dan Latihan Kesiapsiagaan Bencana, pada Selasa lalu.

Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang itu disertai seramai 350 pelajar dan empat guru pengiring.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, program bertemakan ‘Kesedaran Keselamatan, Pengurusan Bencana dan Hidupan Liar di Asrama’ itu bertujuan membentuk pelajar yang peka dan mampu bertindak pantas dalam situasi cemas.

“Pendedahan awal sebegini amat kritikal memandangkan pelajar asrama tergolong dalam kumpulan berisiko.

“Mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan yang betul, terutamanya apabila berdepan ancaman bencana atau pencerobohan hidupan liar di kawasan asrama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jumaat, selain aspek teknikal pengurusan bencana, program itu juga bermatlamat memupuk budaya keselamatan dan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Jelasnya, usaha itu selaras dengan visi APM untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, selamat dan berdaya tahan, di samping menyokong aspirasi kerajaan MADANI.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan dan komitmen tinggi para peserta, APM Limbang berharap program ini dapat diperluaskan ke sekolah lain di daerah ini pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur