UMNO: Kerjasama politik bukan lesen gadai maruah, padam roh perjuangan

KUALA LUMPUR – Kerjasama politik bukanlah laluan untuk UMNO terpaksa menggadaikan prinsip, menghilangkan identiti parti atau berdiam diri demi kelangsungan sementara.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, parti tidak boleh masuk ke mana-mana kerjasama politik tanpa arah yang jelas, tanpa pendirian yang tegas dan tanpa strategi yang tuntas. 

“Bagi Puteri UMNO, sebelum bercakap soal kerjasama, kita mesti jelas tentang siapa kita dan apa yang kita perjuangkan. Kita tidak boleh masuk ke mana-mana kerjasama politik tanpa arah yang jelas, tanpa pendirian yang tegas dan tanpa strategi yang tuntas.

“Kerjasama bukan lesen untuk menggadaikan prinsip, menghilangkan identiti, atau berdiam diri bila suara perlu didengar. Bukan kerana terpaksa atau demi kelangsungan sementara. Gabungan boleh berlaku. Tetapi maruah, prinsip dan hala tuju UMNO tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Yang penting adalah survival UMNO! Bila kita stabil dan mapan, rakyat juga yakin kita boleh ke depan,” katanya dalam ucapan dasar Ketua Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nurul Amal menegaskan, pihaknya mahu UMNO berada dalam kerjasama sebagai rakan yang relevan, dihormati, membawa nilai dan solusi, dan sahabat yang membawa kebaikan kepada parti.

Katanya, sebarang keputusan politik perlu dibuat berasaskan kajian menyeluruh, bukan emosi atau kehendak pihak tertentu agar UMNO tidak menjadi punca politik negara menjadi huru-hara.

“UMNO ditubuhkan bukan semata-mata kerana kuasa, tetapi untuk memikul amanah besar menjaga maruah Melayu dan kestabilan negara. Asas perjuangan ini berpaksikan satu perkara yang tidak boleh tergugat, iaitu kepercayaan rakyat.

“Melayu dan UMNO, bagai dakwat dan kertas. Satu simbiosis yang akrab dan jelas. Menjaga rakyat, adalah menjaga amanat.Tanpa kepercayaan, UMNO kehilangan kewibawaan untuk berdiri sebagai entiti yang mempertahankan kepentingan Melayu,” katanya.

Tambahnya, tanggungjawab kepada UMNO untuk tidak sekadar mengingati sejarah penubuhan, tetapi memastikan roh perjuangan itu terus hidup melalui kejujuran kepimpinan, keikhlasan membetulkan kesilapan, dan kesungguhan memulihkan keyakinan rakyat.

“Ambil iktibar dari ketidakstabilan politik sejak 2018, keutamaan UMNO adalah memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, Puteri UMNO memohon agar kepimpinan menilai dengan teliti, implikasi untuk kekal bersama atau sebaliknya, berasaskan kepada matlamat penubuhan UMNO demi menjamin kestabilan politik dan negara.

“Mengingati sejarah penubuhan UMNO bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi satu peringatan bahawa amanah rakyat mesti terus dipelihara agar UMNO kekal relevan sebagai pelindung dan bayangkara agama, bangsa, dan nusa,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff