Sinergi KPM-PDRM tingkatkan disiplin, sahsiah murid

LIMBANG – Kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai benteng pertahanan awal dalam memastikan keselamatan serta pembentukan sahsiah murid yang holistik.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Limbang, Matzinan Wahit berkata, inisiatif tersebut amat kritikal khususnya pada minggu pertama sesi persekolahan 2026 bagi memberi mesej jelas mengenai kepentingan mematuhi undang-undang dan membina jati diri.

Menurutnya, sekolah bukan sekadar medan menimba ilmu akademik, sebaliknya ia berfungsi sebagai institusi penting dalam membentuk akhlak, disiplin dan nilai integriti yang tinggi dalam kalangan pelajar.

“Usaha menangani gejala sosial seperti buli, penyalahgunaan dadah dan jenayah siber tidak boleh diletakkan di bahu pihak sekolah semata-mata.

“Ia menuntut pemuafakatan tiga penjuru yang utuh antara sekolah, polis dan ibu bapa agar sebarang permasalahan dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemuafakatan KPM–PDRM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang pada Khamis.

Dalam majlis tersebut, Parum turut menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara yang menekankan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

Program berkenaan turut diisi dengan siri ceramah kesedaran anjuran Unit Kokurikulum sekolah tersebut dengan kerjasama PDRM merangkumi topik keselamatan jalan raya, bahaya narkotik serta kempen hentikan buli dan gangguan seksual.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot; Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Peter Jumat dan Timbalan PPD Limbang (Sektor Pembangunan Murid), Patrick Lukong.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak