‘Pintu UMNO’ khusus untuk MP Bersatu – Puad Zarkashi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menjelaskan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung ‘membuka dan menutup pintu UMNO’ tidak wajar disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, kenyataan presiden itu sebenarnya merujuk kepada kesediaan UMNO mengalu-alukan Ahli Parlimen Bersatu yang asalnya daripada UMNO dan kemudian melompat parti untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan.

“Pada kefahaman saya sebenarnya ia ditujukan kepada ahli-ahli Parlimen Bersatu yang berasal dari UMNO tetapi melompat parti.

“Mereka ini dialu alukan kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mestilah ada benda yang mesti dipersetujui bersama (itu maksud pintu tidak dibuka seluas luasnya atau ditutup serapat rapatnya),” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Tambah Mohd Puad, sekiranya perkembangan itu berlaku, ia berpotensi mengulangi episod pembubaran Parti Semangat 46 suatu ketika dahulu, sekali gus tidak mustahil membawa kesan besar kepada Bersatu.

Beliau turut berpandangan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini boleh ditafsir sebagai petanda beliau mula kehilangan kawalan terhadap Bersatu.

Dalam pada itu, Mohd Puad menegaskan bahawa kenyataan presiden UMNO itu langsung tidak ada kaitan dengan Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Tidak ada kaitan dengan KJ atau Hishamuddin. Mereka tidak lompat parti,” katanya.

Related Posts

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

BERSATU mempersoalkan tindakan Pas yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu diasaskan, didaftarkan dan dibangunkan oleh Bersatu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Pas-Bersatu boleh jejas sokongan PN pada PRN Johor, Negeri Sembilan

KRISIS yang melanda Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) berpotensi menghakis keyakinan pengundi, khususnya dalam kalangan kelas pertengahan, pengundi kritis dan kelompok progresif menjelang Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu