Ladang babi berlesen Selangor turun 71 peratus sejak 2012

SEJAK melaksanakan perlesenan ladang babi pada 2012, jumlah ladang babi berlesen di Selangor turun 71 peratus kepada hanya 37 ladang pada separuh kedua 2025.

EXCO Pertanian, Datuk Ir Izham Hashim berkata, dalam tempoh 13 tahun hanya 128 lesen ladang babi telah dikeluarkan di mana Kerajaan Negeri melaksanakan kawal selia yang ketat di samping penstrukturan semula industri penternakan haiwan ini.

Jelasnya, trend penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor utama termasuk syarat pelesenan lebih ketat, pematuhan piawaian ladang moden serta kesan wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang mula dikesan di Selangor pada awal 2025.

“ASF merupakan penyakit berisiko tinggi dan sehingga kini masih aktif, sebab itu kawalan ketat terus dilaksanakan bagi mengelakkan penularan ke ladang lain.

“Kita tidak membenarkan ladang beroperasi semula secara tergesa-gesa. Semua prosedur pembersihan, kuarantin dan pemantauan perlu dipatuhi sebelum sebarang kelulusan diberikan,” katanya dipetik Media Selangor.

Data tersebut yang disahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor turut menunjukkan penyusutan besar populasi ternakan babi sepanjang tempoh berkenaan.

Pada 2012, terdapat 273,100 ekor babi di ladang berlesen seluruh negeri, angka ini menurun kepada hanya 18,010 ekor pada separuh kedua 2025.

Izham turut memaklumkan tiada lesen baharu ladang babi diluluskan pada separuh kedua 2025 sebagai langkah kawalan tambahan terhadap industri berkenaan.

Tegasnya, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP), khususnya melibatkan aspek kawalan penyakit, kelestarian serta kebajikan industri penternakan di Selangor.

Isu ladang babi menjadi tumpuan ramai selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Susulan pertemuan Sultan Selangor dengan Izham pada 12 Januari lalu, beberapa penambahanbaikan dilakukan termasuk mempercepatkan pemindahan ladang ternakan ke Bukit Tagar pada tahun ini dan tiada dana awam digunakan dalam urusan berkaitan dengannya.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu