Ketidakstabilan boleh tercetus jika UMNO keluar kerajaan

KUALA LUMPUR – Cadangan agar UMNO keluar kerajaan bukan satu tindakan bertanggungjawab apabila ia boleh membawa negara terjerumus ke arah ketidakstabilan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pihak tidak boleh beremosi dalam soal tersebut kerana banyak negara berhadapan huru-hara apabila perbezaan politik membarah dan menyebabkan kerajaan runtuh.

“Jadi, ke mana hala tuju kita? Adakah kita akan keluar kerajaan esok dan biarkan negara huru-hara? Tidak. Itu jalan mereka yang tunduk kepada emosi, bukan kerja negarawan. 

“Bak kata orang tua-tua, Berfikir biar panjang, bertindak biar bijak. Sejarah dunia moden memberi kita satu pengajaran yang sangat mahal harganya. 

“Apabila perbezaan politik dibiarkan membarah tanpa kebijaksanaan, kerajaan akan runtuh. Dan apabila kerajaan runtuh tanpa pelan penggantian yang jelas, yang lahir bukanlah kebebasan, tetapi kekosongan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau mengakui terdapat suara agar UMNO menarik diri daripada kerajaan.

“Keluar masuk kerjasama politik bukan jawapan untuk UMNO pulih dan ia bukan jalan keluar yang merawat masalah parti itu. Ia hanyalah satu peralihan dan pemesongan fokus yang sangat bersifat jangka pendek,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, UMNO dihukum rakyat Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila gagal memahami keseluruhan pengundi negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Luar menegaskan, UMNO terlalu terbawa dengan isu nasional tanpa lantang mengetengahkan agenda tuntas untuk Sabah.

“UMNO sudah tidak kelihatan dan kedengaran ampuh dalam memperjuangkan kepentingan Sabah untuk rakyat Sabah.

“Gagal membaca persekitaran yang berubah deras. Sebab itu kita dihukum rakyat Sabah. Pada masa yang sama, kedudukan kita dalam kerajaan dipersoalkan,” katanya.

Mohamad berkata, UMNO mesti jujur dengan diri sendiri terhadap keputusan PRN Sabah baru-baru ini bukan sekadar kekalahan biasa dan melihat dengan mata serta hati yang terbuka.

Menurut beliau, parti Kerajaan Perpaduan dari Semenanjung ditolak secara total dengan DAP pulang dengan tangan kosong mana PKR nyawa-nyawa ikan.

“Kita UMNO, menang. Tetapi jumlahnya tidak cukup untuk kita mendabik dada. UMNO hanya memenangi enam kerusi dari puluhan yang dipertandingkan. 

“Sabah, suatu ketika dahulu, adalah medan UMNO yang sangat kukuh dan kuat, dengan jumlah ahli paling ramai, dan jumlah bahagian yang paling banyak. Kini, kedudukan dan realiti kita sangat berbeza.

“Orang Sabah memilih untuk menolak kita. Mereka memilih perikatan lokal yang lebih serasi dengan sentimen tempatan.  Ini menunjukkan masih banyak isu yang belum berjaya kita uruskan dengan berkesan. Parti belum pulih. Banyak yang harus kita tambah baik dan kemaskan,” katanya.

Related Posts

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

KLUANG – Hanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

MUAR – Keputusan Pas untuk tidak membantu kempen Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini disifatkan telah memberikan sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16