SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan strategi penguatkuasaan baharu bermula esok dengan penekanan terhadap pemulihan aset serta tindakan lebih tegas ke atas penjenayah kewangan yang menyeleweng dan merampas hak rakyat.

Strategi yang berasaskan pemulihan aset serta kaedah penyiasatan lebih bersistematik itu dijangka membolehkan lebih ramai penjenayah kewangan dihukum, termasuk mereka yang selama ini hidup mewah hasil dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dalam mendepani cabaran semasa, agensi itu perlu melangkah dengan lebih berkesan pada masa depan bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan selari dengan perubahan yang berlaku.

Beliau berkata, strategi baharu itu juga susulan kejayaan SPRM tahun lalu yang memperoleh RM8.4 bilion hasil tindakan punitif, sekali gus menjadikan tempoh berkenaan antara tahun terbaik sepanjang penubuhan agensi antirasuah itu.

Katanya, SPRM yang masih memberi fokus kepada usaha mengesan, menyiasat dan mendakwa di mahkamah individu yang terbabit dalam rasuah serta kesalahan berkaitan, turut mempunyai kepakaran dalam penyiasatan jenayah kewangan termasuk forensik kewangan dan kes pengubahan wang haram.

“Dalam aspek pemulihan aset, ia kini bukan sekadar dalam bentuk fizikal, pergi ke rumah suspek dan mendapatkan wang yang diseleweng, sebaliknya pengesanan wang yang dihilangkan dalam pelbagai akaun diletakkan dalam akaun proksi. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk SPRM lakukan.

“Saya tidak boleh janji akan memperoleh semula dana seperti tahun lalu (RM8.4 bilion), tetapi kita boleh lakukan dengan bagaimana cara kita melihat kes bersendirian dan berprofil tinggi yang mengakibatkan ketirisan banyak.

“Jadi, pada tahun ini, antara strategi yang saya akan umumkan esok adalah tindakan pemulihan aset yang akan dipertingkatkan dengan kaedah lebih bersistematik dan berteknologi. SPRM perlu memperbaiki strategi yang berlangsung pada tahun sebelumnya,” katanya memetik laporan BH.

Azam berkata, sumber manusia dalam agensi berkenaan perlu dioptimumkan dengan penggunaan kaedah baharu yang lebih berkesan bagi memastikan penjenayah kewangan dikenakan hukuman berat.

“Meminta ramai pegawai itu boleh, tetapi ia mesti berlandaskan kepada cara kita bekerja. Tambah (kakitangan) beberapa ribu pun tak berkesan jika kaedah bekerja tidak berkesan.

“Contohnya, dalam kes penjenayah mengelak cukai dalam negara selama 10 tahun, ini bermakna cukainya tidak dikutip selama 10 tahun. Ini hak rakyat dan mereka perlu bayar, dan kita perlu kira dalam tempoh itu berapa banyak yang sudah hilang,” katanya.

Beliau berkata, kaedah baharu yang dilaksanakan SPRM penting untuk menghukum penjenayah kewangan semaksimum mungkin, namun pelaksanaannya memerlukan sinergi serta kepakaran pelbagai pihak.

“Jika saya kata hendak mufliskan individu itu, ia bermakna kami kena cari sebab. Penjenayah sudah tentu akan melindungi wang atau aset mereka yang mereka lesapkan,” katanya.

Related Posts

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

GEORGE TOWN:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Muslim Malaysia (MUKMIN). Anwar berkata, peruntukan tersebut bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan