Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

GEORGE TOWN:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Muslim Malaysia (MUKMIN).

Anwar berkata, peruntukan tersebut bagi membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan melanjutkan pengajian serta menceburi bidang strategik seperti kecerdasan buatan (AI), digital, sains dan teknologi.

“Usaha MUKMIN merangka pelan transformasi masyarakat India Muslim adalah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan penyertaan aktif rakyat, keberanian menyuarakan pandangan serta kesediaan memikul tanggungjawab bersama demi pembangunan negara.

“Generasi muda perlu dipersiapkan dengan kemahiran masa hadapan termasuk menguasai AI, teknologi digital, sains dan inovasi bagi memastikan negara kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Beliau beekata demikian ketika pelancaran Indian Muslim Transformational Framework 2030 (IMTF2030) dan penyampaian Mukmin Future Leaders Scholarship (MFLS) di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa kemajuan teknologi perlu diseimbangkan dengan pegangan akidah, akhlak, budaya dan nilai kemanusiaan agar pembangunan yang dicapai tidak kehilangan arah.

Anwar turut menegaskan bahawa konsep Karamah Insaniah menjadi asas penting dalam membina masyarakat yang saling menghormati, dengan setiap insan diiktiraf kemuliaannya tanpa mengira latar belakang.

“Setiap komuniti berhak memperjuangkan kepentingan masing-masing, namun ia tidak boleh dilakukan dengan menafikan hak atau merendahkan martabat masyarakat lain kerana Islam mengajar umatnya menolak kebencian serta menjunjung tinggi nilai kemanusiaan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan akan terus menyokong inisiatif yang memperkasa pendidikan dan melahirkan generasi berilmu, berkemahiran tinggi serta berpegang teguh kepada nilai murni demi membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar