40℅ hasil Sabah: Mesyuarat Kedua Persekutuan-Sabah bakal diadakan

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dijangka mengadakan mesyuarat kedua bulan ini bagi membincangkan penyaluran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, susulan perbincangan awal yang berlangsung pada November lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan melibatkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, susulan tamatnya tempoh 90 hari pertama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, Jemaah Menteri telah membincangkan status pelaksanaan isu berkenaan dan mengesahkan bahawa proses awal telah dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Jabatan Perdana Menteri telah diingatkan bahawa dalam tempoh 90 hari yang pertama proses itu mesti dimulakan dan akhirnya dalam tempoh 180 hari pembayaran mekanisme dan beberapa perincian lain itu mesti dimuktamadkan dan dipersetujui antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi tempoh masih ada lagi 90 hari lagi,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapa Sakmud akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung perkembangan lanjut isu berkenaan.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal berpegang kepada komitmen untuk melunaskan perjanjian yang dimeterai pemimpin terdahulu negara termasuk peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan hak Sabah menerima 40 peratus hasil negeri.

Related Posts

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

SEREMBAN – Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar