Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

PUTRAJAYA – Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan program bersama sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan.

Menerusi Puspakom–MIROS, ia akan mengggunakan pendekatan berasaskan data, tadbir urus perkhidmatan pemeriksaan serta penerokaan kolaborasi berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ketua Pengarah MIROS, Dr Siti Zaharah Ishak berkata, melalui program itu, kedua pihak mengadakan perbincangan teknikal serta perkongsian kepakaran berkaitan penyelidikan keselamatan jalan raya dan pendekatan penilaian berasaskan data bagi menyokong penambahbaikan berterusan dalam ekosistem pemeriksaan kenderaan.

Menurutnya, kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Puspakom dan MIROS dalam memastikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Malaysia dilaksanakan secara selamat, telus dan berintegriti demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Pencapaian hasil keselamatan jalan raya yang berkesan amat bergantung kepada kerjasama erat antara pengendali dan institusi penyelidikan.

“Melalui penglibatan ini, MIROS berperanan menyumbang pandangan teknikal serta kepakaran penyelidikan bagi menyokong penambahbaikan berterusan dalam ekosistem pemeriksaan kenderaan secara khusus, dan penyelidikan keselamatan jalan raya secara amnya.

“MIROS juga akan menyokong penambahbaikan melalui analisis data, penilaian risiko serta cadangan teknikal yang boleh membantu memperkukuh keselamatan kenderaan dan keyakinan orang awam,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Siti Zaharah memaklumkan, pelaksanaan audit teknikal berkaitan pemeriksaan kenderaan adalah selaras dengan fungsi MIROS di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748), termasuk fungsi untuk mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh organisasi pemeriksaan kenderaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, bagi memastikan agensi mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang optimum di bawah Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini telah menetapkan pemantauan Indikator Prestasi Utama (KPI) yang komprehensif.

“Inisiatif sejak 2009 ini sudah melalui fasa penambahbaikan berterusan dan dikemas kini pada 2024.

“Langkah ini selaras dengan strategi kerajaan untuk memperluas penubuhan Pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan (PPKM) demi menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses, efisien, dan holistik kepada rakyat,” katanya.

Mahmood Razak menegaskan, audit teknikal ini dilaksanakan secara berkecuali serta berasaskan mandat dan prinsip tadbir urus yang baik, dengan fokus kepada perkara yang berkait langsung dengan kaedah ujian dan pelaksanaannya.

“Ia termasuk kebolehoperasian dan pematuhan penentukuran peralatan, pensijilan Sistem Pengurusan ISO 9001 dan ISO/IEC 17020, kecekapan masa perkhidmatan, kepuasan pelanggan, serta aspek keselamatan perkhidmatan PUSPAKOM.

“Dalam landskap mobiliti yang semakin kompleks, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan perlu terus diperkukuh melalui tadbir urus yang mantap dan pemantauan bebas.

“Penglibatan bersama MIROS ini menyokong fokus Puspakom terhadap akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan yang diyakini oleh orang awam,” katanya.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan