BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) akan terus menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, namun berharap diberi mandat untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan BN di negeri itu tidak bermaksud gabungan tersebut mempunyai agenda untuk menggugat Kerajaan Perpaduan melalui tindakan ‘tebuk atap’.

“Kita tiada hasrat untuk ‘tebuk atap’. Kita tetap mendukung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga akhir penggal.

“Kerajaan Pusat kita sokong, tetapi kerajaan Negeri Sembilan kita mahu rakyat beri peluang kepada BN untuk mentadbir dengan lebih baik,” katanya ketika berucap pada Program Salam Agrikomoditi di Dataran Melang, di sini, pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri, pentadbiran baharu akan memastikan dasar dan pelaksanaan pembangunan berjalan seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, penyelarasan antara kerajaan negeri dan Pusat penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya memberi jaminan kerajaan negeri yang diterajui BN akan lebih efisien dan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Pusat,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan gesaannya supaya berlaku pertukaran kerajaan negeri bukan kerana beliau tidak menghormati Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Aminuddin sebagai seorang pemimpin yang baik, namun berpandangan Negeri Sembilan memerlukan pentadbiran baharu di bawah BN bagi membawa perubahan yang lebih besar.

“Saya mohon rakyat Negeri Sembilan memberikan peluang kepada BN untuk mentadbir negeri ini demi masa depan yang lebih baik,” katanya.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar