Isu sampah Jalan Sukma, MBM ambil tindakan

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengambil langkah proaktif melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa pepejal di sepanjang Jalan Sukma, Desa Senadin pada pagi Selasa.

Tindakan pantas itu susulan keputusan mesyuarat penyelarasan bersama pelbagai agensi dan jabatan berkaitan yang diadakan pada 11 Januari lalu.

Menurut MBM, inisiatif tersebut diambil bagi menyelesaikan masalah longgokan sampah yang berlarutan sehingga menimbulkan kegusaran penduduk setempat berhubung isu kebersihan, bau busuk serta risiko kesihatan awam.

“Kerja-kerja pembersihan melibatkan pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal secara menyeluruh bagi memastikan kawasan tersebut kembali bersih dan selamat.

“Selain itu, MBM turut menempatkan sebuah tong sampah komuniti jenis Roll-On Roll-Off (RORO) di lokasi strategik jalan berkenaan bagi memudahkan penduduk melupuskan sampah secara teratur,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah MBM, penyediaan tong RORO itu bertujuan mengekang tabiat pembuangan sampah secara haram (illegal dumping) di kawasan tersebut, selain meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut memberi jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan di lokasi berkenaan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan berhemah dan memainkan peranan menjaga kebersihan persekitaran demi kesejahteraan komuniti.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

SHAH ALAM – Hampir 100 kedai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dalam perhatian Kerajaan Selangor. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, warganegara yang turut bersekongkol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas