ProKhas dilancar, anak Penan di pedalaman mula bersekolah seawal 4 tahun

KUCHING – Kanak-kanak masyarakat Penan dari Kampung Long Jaik dan Kampung Long Peran di pedalaman Belaga kini mendapat akses pendidikan formal menerusi Program Khas (ProKhas) yang dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, inisiatif rintis bagi sesi persekolahan 2026 itu dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Keling, Belaga bermula hari ini.

Menurutnya, program tersebut dirangka khusus untuk menangani isu keciciran dalam kalangan kanak-kanak di kedua-dua perkampungan tersebut yang sebelum ini sukar mendapat akses pendidikan.

“Kita telah melancarkan program ProKhas ini bagi memastikan kanak-kanak di Kampung Long Jaik dan Long Peran mendapat akses pendidikan seawal peringkat prasekolah.

“Ia melibatkan murid berusia 4 dan 5 tahun, serta 6 tahun untuk memulakan pembelajaran secara formal di kelas-kelas prasekolah yang disediakan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azhar memaklumkan bahawa Sarawak mencatatkan pertambahan 35 kelas prasekolah baharu pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,552 kelas di seluruh negeri.

“Usaha ini selari dengan komitmen kita untuk memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir daripada arus pendidikan perdana, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” jelasnya.

Bagi sesi persekolahan 2026, seramai 32,790 murid telah mendaftar masuk ke Tahun Satu , manakala 35,628 murid memulakan persekolahan di Tingkatan Satu di 194 buah sekolah menengah seluruh Sarawak.

Mengulas mengenai hari pertama persekolahan, beliau turut memuji kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi program First Day to School yang berjaya menyuntik semangat murid-murid.

“Kehadiran pegawai polis menyambut ketibaan murid menjadikan mereka berasa seronok, selamat dan dialu-alukan untuk memulakan sesi pembelajaran pada tahun baharu ini,” ujarnya.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak