Cuba gagal proses pilihan raya tempatan punca siri serangan bom

BANGKOK – Siri serangan bom dan kebakaran menyasarkan 11 stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand awal pagi semalam, bertujuan mengganggu proses Pilihan Raya Pentadbiran Tempatan.

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata, ia bukannya tindakan keganasan dan agensi keselamatan percaya serangan itu dirancang untuk mencetuskan huru-hara ketika penduduk sedang bersiap sedia untuk mengundi pada hari yang sama.

“Penilaian awal menunjukkan serangan serentak ini tidak diklasifikasikan sebagai keganasan, sebaliknya adalah cubaan untuk mengganggu pilihan raya tempatan yang sedang berlangsung,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri Thailand.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand menyelar serangan itu dan menyifatkan pelaku yang menyasarkan stesen minyak sebagai ‘pihak tanpa legitimasi’ untuk mewakili suara penduduk tempatan.

Setiausaha Agung NSC dalam satu kenyataan berkata, mesej keras telah dihantar kepada kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) bagi menuntut penjelasan berhubung kes yang membahayakan nyawa orang awam itu.

“Penyerang ini kekurangan legitimasi dalam tindakan mereka. Kita telah menghubungi pihak BRN melalui saluran komunikasi sedia ada untuk menyatakan bantahan keras.

“Kita juga menuntut tanggungjawab mereka bagi memastikan kes seumpamanya tidak berulang,” menurut kenyataan NSC.

Sejurus selepas serangan, pihak tentera meningkatkan kawalan keselamatan ke tahap maksimum di seluruh wilayah selatan, termasuk menguatkuasakan perintah berkurung di Narathiwat bagi memburu dalang di sebalik serangan itu.

Pihak berkuasa Thailand turut menegaskan proses demokrasi tidak akan terhenti meskipun wujud ancaman sedemikian, dan kawalan ketat akan terus dilaksanakan di pusat-pusat pengundian bagi menjamin keselamatan rakyat.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani dan Yala diserang hampir serentak dalam tempoh 40 minit selepas tengah malam, menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan.

Kes letupan bom itu menyasarkan hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand awal pagi Ahad, 11 Januari mengakibatkan empat individu cedera.

Letupan berlaku di beberapa wilayah selatan Thailand yang sememangnya terkesan dengan konflik bersenjata peringkat rendah sejak 2004, membabitkan kumpulan pemisah di wilayah majoriti Islam bersempadan dengan Malaysia.

Related Posts

PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sokongan bagi misi evakuasi perubatan dari Semenanjung Gaza susulan pembukaan semula pintu sempadan Rafah, sekali gus memberikan keutamaan penting kepada operasi kemanusiaan di wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud

PEJABAT Pendakwa Raya Rome melancarkan siasatan rasmi terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, berhubung dakwaan penganiayaan ke atas aktivis flotila kemanusiaan ke Gaza semasa berada dalam tahanan. Agensi berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu