Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya menumpaskan beberapa cubaan pengedaran dadah menerusi perkhidmatan kurier dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM3 juta dalam tiga serbuan berasingan. 

Pengarahnya, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan terbesar melibatkan 57.27 kilogram (kg) dadah disyaki jenis methamphetamine bernilai RM2,863,500 menerusi Ops Tuai pada 11 Mei lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 1.35 petang pegawai yang bertugas membuat pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Tawau dan satu pasukan Kastam Tawau telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas empat buah bagasi di Gudang Pos Aviation (GPA)  lepas imej imbasan menimbulkan kecurigaan.

“Pemeriksaan menemui 142 beg plastik kedap udara berzip yang keseluruhannya mengandungi 57.27 kg hablur jernih yang disyaki dadah jenis Methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM2,863,500.00.

“Modus operandi yang digunakan ialah dengan memasukkan bahan terlarang disyaki dadah ke dalam beg plastik kedap udara berzip sebelum dimasukkan ke dalam bagasi dan dikirim ke Tawau menggunakan perkhidmatan perkhidmatan kurier,” ujarnya dalam sidang media di Menara Kastam, pada Rabu. 

Tambahnya lagi, dalam kes kedua pihaknya turut merampas satu bungkusan disyaki mengandungi 4,678 gram methamphetamine bernilai RM233,900 di GPA Kota Kinabalu (KK) pada 11 Mei lalu, kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Bungkusan itu dipercayai cuba dihantar ke Semporna menggunakan perkhidmatan kurier sebelum berjaya dirampas pihak berkuasa.

“Manakala, pada 8 Mei lalu, Kastam Sabah turut merampas satu bungkusan mengandungi 375 gram pil estacy bernilai RM56,250 di GPA KK. 

“Modus operasi yang digunakan adalah melabel barang sebagai ‘set barangan elektronik’ pada bungkusan penghantaran,” kongsinya. 

Tegasnya, semua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau  menyeru orang ramai supaya membantu pihak berkuasa memerangi jenayah penyeludupan melibatkan dadah, rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain dengan menyalurkan maklumat melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus