Cuaca sejuk melampau ragut 24 nyawa di Gaza

JUMLAH kematian akibat cuaca sejuk melampau di Genting Gaza meningkat kepada 24 orang, termasuk 21 kanak-kanak, sejak bermulanya serangan ketenteraan Israel pada Oktober 2023, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan memaklumkan, tujuh kanak-kanak maut akibat kesejukan teruk sejak bermulanya musim sejuk, dengan jumlah keseluruhan kematian berkaitan cuaca sejuk direkodkan sehingga 13 Januari 2026, menurut laporan Anadolu.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa adalah rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dan tinggal di kem-kem pelarian.

Pejabat media berkenaan turut melaporkan kira-kira 7,000 khemah musnah atau dihanyutkan akibat sistem tekanan rendah yang sedang melanda wilayah itu.

Ia memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya ‘bencana kemanusiaan’ susulan suhu beku yang kembali melanda Gaza, dalam keadaan serangan berterusan dan sekatan ketat Israel yang mengakibatkan kemusnahan meluas kediaman serta infrastruktur, selain memaksa lebih 1.5 juta penduduk Palestin tinggal di kem pelarian dengan kemudahan asas yang terhad.

Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan menimbulkan ancaman serius terhadap nyawa golongan paling terdedah, khususnya kanak-kanak, berikutan ketiadaan hampir sepenuhnya bekalan pemanas, kekurangan tempat perlindungan selamat serta kekurangan selimut dan pakaian musim sejuk, ditambah sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan.

Pejabat media itu meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas Israel terhadap kematian berkenaan, yang disifatkan sebagai sebahagian daripada dasar pembunuhan perlahan, kebuluran dan pemindahan paksa.

Ia turut menggesa masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta organisasi kemanusiaan dan hak asasi manusia supaya mengambil tindakan segera bagi menyediakan tempat perlindungan selamat, membenarkan kemasukan bekalan pemanas dan bantuan tanpa halangan, serta mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR