Sembilan kapal Flotilla Global Sumud dipintas, 16 rakyat Malaysia ditahan Zionis

SEMBILAN buah kapal dalam misi kemanusiaan Flotilla Global Sumud (GSF) yang dinaiki oleh 16 rakyat Malaysia disahkan telah dipintas oleh tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin setakat jam 8 malam waktu tempatan.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, memaklumkan bahawa kapal-kapal berkenaan dihampiri secara agresif oleh pihak IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus, lapor Bernama.

“Ketika insiden intimidasi itu berlaku, flotila berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 241 batu nautika dari pantai Gaza.

“Lokasi itu merupakan laluan perairan antarabangsa yang diiktiraf di bawah undang-undang maritim seperti yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) dan berada di luar kawasan sekatan mana-mana negara,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Misi GSF 2.0 pada Isnin.

Antara rakyat Malaysia yang disahkan ditahan oleh pihak IOF termasuklah aktivis dan pengamal media terkenal, Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Amanda, Muhamad Muhsin Zaidi (Isobella), serta Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari (Cactus).

Turut ditahan ialah S. Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Dr Syakirin Muhamed Senin (Ferluto); Abdul Samad Selamat dan Naufa Azhari (Bianca ITA); Mohammad Farizzal Rostam dan Muhammad Zaid Abdul Karim (Gotico); Norazman Ishak (Abodes); Hazwan Hazim Dermawan, Moha Shamsir Mohd Isa dan Osman Zolkifli (Themis); serta Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef).

Mengulas lanjut, Sani Araby berkata SNCC telah memaklumkan insiden berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pihaknya turut memohon campur tangan segera daripada Kerajaan Malaysia untuk mendesak Kesatuan Eropah (EU), Turkiye, Sepanyol serta negara-negara lain agar bertindak tegas dan mengecam pencabulan terhadap misi kemanusiaan aman itu.

Beliau juga mendedahkan bahawa kesemua tahanan GSF dijangka ditempatkan di dalam “penjara atas kapal” sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod bagi proses dokumentasi dan pengusiran.

“Kapal penjara terbabit merupakan kapal tentera berskala besar yang berfungsi sebagai sel tahanan bergerak untuk memuatkan bilangan tahanan yang ramai,” jelasnya.

Menurut beliau, penggunaan penjara atas kapal itu merupakan helah terbaharu Israel untuk menahan para peserta GSF dalam tempoh yang lebih lama, sekali gus mengelakkan tekanan undang-undang antarabangsa.

“Saya menjangkakan mereka akan dipindahkan ke kapal tahanan tersebut terlebih dahulu. Hal ini kerana, sekiranya mereka dibawa terus ke Ashdod, pihak rejim akan terikat dengan undang-undang baharu yang menetapkan tahanan mesti dilepaskan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Related Posts

Malaysia gesa reformasi institusi kewangan antarabangsa, sistem perdagangan global

NEW YORK – Malaysia menggesa reformasi terhadap institusi kewangan antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral supaya lebih berkesan dalam memenuhi keperluan negara membangun. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang