KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KALABAKAN – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memberi perhatian serius insiden video tular memaparkan seekor gajah Pygmy Borneo dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian belalai di kawasan Felda Kalabakan Selatan.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, aduan mengenai gajah terbabit diterima minggu lalu sebelum operasi pencarian dan pemantauan dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah pada 13 dan 14 Mei lepas.

“Bagaimanapun, gajah itu gagal ditemui sepanjang operasi dijalankan menyebabkan usaha menyelamat belum dapat dilaksanakan setakat ini.

“Tindakan lanjut akan diteruskan berdasarkan maklumat baharu, penemuan semula haiwan berkenaan atau laporan tambahan daripada orang awam,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Jafry, punca sebenar kecederaan masih dalam siasatan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada jerat, objek tajam atau peralatan digunakan di ladang kelapa sawit.

“Hasil penilaian awal pasukan veterinar mendapati kecederaan membabitkan belalai gajah adalah sangat kompleks dan sukar dipulihkan sepenuhnya.

“Sekiranya prosedur pembinaan semula atau penyambungan perlu dilakukan, kemungkinan untuk mengembalikan fungsi normal belalai adalah rendah.

“Rawatan bukan hanya melibatkan penjagaan luka semata-mata, tetapi boleh memerlukan pembedahan membuang tisu rosak, rawatan intensif selepas pembedahan, pengurusan makanan serta pemantauan rapi selama satu hingga dua minggu,” jelasnya.

Tambahnya, pemerhatian awal mendapati luka pada belalai gajah itu menunjukkan tanda penyembuhan walaupun proses penutupan luka tidak berlaku secara sempurna.

“Pasukan renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah kini menjalankan pemantauan berterusan dan setakat ini tiada tanda jangkitan serius yang boleh mengancam nyawa haiwan berkenaan.

“Pada masa ini, rawatan veterinar belum diperlukan namun tindakan segera akan diambil sekiranya keadaan gajah itu bertambah buruk atau berlaku komplikasi lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan dan penilaian lapangan masih dijalankan.

“Gajah Pygmy Borneo adalah antara spesies hidupan liar paling ikonik di Sabah dan sebahagian penting daripada warisan alam sekitar negeri ini.

“Kita komited memastikan setiap kes membabitkan hidupan liar ditangani secara bertanggungjawab, profesional dan berdasarkan penilaian saintifik,” tegasnya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi