Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini.

Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula dijangka merekodkan peningkatan sehingga 50,000 kenderaan sehari pada hari puncak.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan peningkatan ketara aliran trafik tersebut susulan pertembungan cuti pertengahan tahun persekolahan, dengan tiga sambutan utama iaitu Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Hari-hari puncak dijangka pada 22, 23, 26, 28, 29, 30 dan 31 Mei 2026 bagi kenderaan yang keluar dari Lembah Klang, manakala bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang ialah pada 4, 5, 6 dan 7 Jun 2026.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan balik ke kampung atau bercuti dengan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Orang ramai juga digalakkan merujuk dan mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di aplikasi PLUS,” menurut laporan Bernama.

Bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna berada pada tahap terbaik, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan trafik bagi menambah kapasiti lorong, selain menugaskan lebih 500 anggota PLUSRonda dan LPT2Ronda untuk rondaan 24 jam.

PLUS turut mengoptimumkan operasi dan membuka semua lorong di plaza tol, serta memantau trafik masa nyata menerusi Pusat Pemantauan Trafik.

Selain itu, PLUS melalui kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia serta agensi berkaitan, komited membantu melancarkan aliran trafik dan memastikan tahap keselamatan pengguna sentiasa berada pada tahap optimum.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya – PUTRI, aplikasi X @plustrafik dan @lpt2trafik, paparan mesej elektronik di lokasi terpilih serta saluran stesen radio utama negara.

“PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps, untuk merancang perjalanan serta mendapatkan status trafik semasa sepanjang musim perayaan kali ini,” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet (bagi pengguna RFID dan JustGO) sentiasa mencukupi, selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memandu secara berhemah, mendapatkan rehat secukupnya serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.

Sekiranya memerlukan bantuan kecemasan, pengguna boleh menghubungi PLUSLine menerusi nombor 1800-88-0000 atau LPT2Line menerusi nombor 1800-88-0220.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk