PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengecam tindakan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi Parlimen Pandan kerana disifatkan mengkhianati mandat rakyat demi kepentingan politik peribadi.

Setiausaha MPN PKR Sarawak, Mahmud Epah berkata, tindakan tersebut bukan sahaja mengecewakan penyokong parti, malah mencemarkan kepercayaan yang diberikan pengundi pada Pilihan Raya Umum lalu.

Menurut beliau, alasan “misi kamikaze” yang digunakan Rafizi untuk mempertahankan tindakannya meninggalkan parti dan menyertai wadah politik baharu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap amanah rakyat.

“Mandat rakyat bukan sesuatu yang boleh dipermainkan sesuka hati hanya kerana cita-cita politik tertentu tidak tercapai.

“Pengundi memilih wakil rakyat untuk berkhidmat sehingga tamat penggal, bukannya mengosongkan kerusi apabila berlaku perbezaan atau kegagalan dalam parti,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Mahmud berkata, tindakan meninggalkan kerusi Parlimen di tengah penggal turut dianggap sebagai penghinaan terhadap sistem demokrasi negara.

Beliau mempersoalkan kewibawaan pemimpin yang sanggup mengetepikan tanggungjawab kepada rakyat demi agenda politik sendiri.

“Bagaimana rakyat mahu meletakkan harapan kepada pemimpin yang sanggup mengkhianati mandat diberikan semata-mata untuk kepentingan peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan berkenaan berlaku ketika rakyat sedang berdepan cabaran ekonomi serta peningkatan kos sara hidup yang memerlukan perhatian serius wakil rakyat.

Katanya, keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha membela kebajikan rakyat dan bukannya mencetuskan polemik politik baharu.

Mahmud turut menegaskan bahawa tindakan Rafizi tidak akan menjejaskan kekuatan jentera PKR Sarawak yang kekal berdiri teguh di bawah pimpinan Presiden parti serta Majlis Pimpinan Pusat.

Menurutnya, PKR Sarawak akan terus memberi fokus kepada perjuangan hak-hak Malaysia Agreement 1963 (MA63) dan kebajikan rakyat di negeri itu.

Pada Selasa, Rafizi Ramli bersama bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa hari ini.

Kedua-dua mereka turut mengesahkan keluar daripada PKR dan dijangka menyertai Parti Bersama Malaysia.

Sumber: MalaysiaGazette

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak