Rondaan berterusan Polis Saratok pastikan kawasan berisiko banjir kekal selamat

SARATOK – Polis Daerah Saratok meningkatkan tahap kesiapsiagaan dengan melaksanakan rondaan serta pemantauan berkala di beberapa lokasi dikenal pasti berpotensi terjejas banjir melibatkan kawasan pentadbiran Balai Polis Kabong dan Balai Polis Roban, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie memaklumkan, operasi pemantauan di sekitar Kabong merangkumi beberapa penempatan termasuk Kampung Wawasan, Kampung Baru, Kampung Sungai Benang, Kampung Alit, Kampung Nyabor serta kawasan sekitarnya.

Menurut beliau, keadaan cuaca dari awal pagi hingga tengah hari dilaporkan mendung, namun paras air di Sungai Batang Nyabor, Sungai Benang Kabong dan Sungai Endot kekal pada tahap selamat tanpa sebarang peningkatan membimbangkan.

“Setakat rondaan dijalankan, tiada laporan kejadian banjir, rumah dinaiki air atau penduduk terjejas.

“Selain itu, tiada sekolah terlibat, kerosakan harta benda, kejadian tanah runtuh mahupun kemalangan dilaporkan. Rondaan ini disertai tiga anggota PDRM menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata pemantauan di kawasan Roban melibatkan pemeriksaan di sekitar Sungai Tapang dan Sungai Kedoh. Cuaca di kawasan tersebut dilaporkan mendung dengan hujan renyai-renyai pada waktu pagi hingga tengah hari.

“Paras air di lokasi berkenaan juga berada dalam keadaan terkawal. Tiada sebarang laporan banjir, kerosakan harta benda atau kemalangan diterima. Rondaan dilaksanakan oleh dua anggota PDRM menggunakan sebuah kenderaan jenis SUV,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca serta paras air sungai. Penduduk boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Saratok di talian 083-436102 atau Balai Polis Roban di 083-427202 sekiranya berlaku kenaikan air atau sebarang insiden berkaitan bencana.

Mathew turut menegaskan bahawa keseluruhan operasi rondaan berjalan dengan lancar dan pasukan keselamatan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung