A‑Asign Corporation rasmi pejabat operasi baharu di Ipoh, perkukuh ekonomi digital Perak

Oleh: IZZAT EMIR

IPOH – Negeri Perak terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh ekonomi digital apabila A‑Asign Corporation secara rasmi membuka pejabat operasi baharu mereka di Ipoh, dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali gus menandakan satu lagi fasa penting dalam pembangunan sektor teknologi dan perkhidmatan bernilai tinggi di negeri ini.

Pemilihan Perak sebagai lokasi operasi syarikat berkenaan disifatkan sebagai satu tanda keyakinan terhadap potensi negeri ini sebagai destinasi perniagaan yang kompetitif, khususnya dalam sektor Global Business Services (GBS).

Sektor GBS kini muncul sebagai realiti ekonomi baharu yang merangkumi pelbagai bidang strategik seperti pengurusan data, analitik, teknologi awan (cloud), kecerdasan buatan (AI) serta automasi pintar. Pembangunan sektor ini dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi digital negeri Perak.

Lebih membanggakan, pembangunan GBS di Perak turut membuka peluang kepada anak-anak negeri untuk membina kerjaya berkemahiran tinggi tanpa perlu berhijrah ke luar, sekali gus menyumbang kepada pengekalan bakat tempatan.

Kehadiran A‑Asign Corporation di Perak juga dilihat sebagai satu kerjasama strategik yang membawa bersama pengalaman, kepakaran dan amalan operasi bertaraf antarabangsa. Dengan hampir dua dekad penglibatan dalam ekosistem GBS, syarikat ini berpotensi besar untuk menyumbang kepada pemindahan ilmu, pembangunan bakat tempatan serta peningkatan keupayaan digital negeri.

Diharapkan penubuhan pejabat operasi ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi digital Perak serta memberikan manfaat berpanjangan kepada rakyat.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung