Perhilitan Perak siasat dakwaan ngauman harimau di Proton City

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menjalankan siasatan susulan dakwaan orang ramai mendengar bunyi ngauman dipercayai harimau berhampiran Taman Rekreasi Ujana Muallim, Proton City, Tanjong Malim.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, walaupun pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi setakat ini, petugas telah diarahkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut.

Menurutnya, maklumat mengenai kejadian itu diterima hasil perkongsian dalam aplikasi WhatsApp melibatkan penduduk setempat.

“Setakat ini, tiada laporan rasmi dibuat, namun Perhilitan mengambil maklum dakwaan tersebut dan telah menghantar petugas ke lokasi untuk menjalankan siasatan serta tindakan lanjut,” katanya kepada media pada Sabtu.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi kira-kira 15 saat yang memaparkan bunyi ngauman dipercayai harimau, didakwa berlaku berhampiran kawasan hutan berdekatan sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City.

Related Posts

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

ALOR SETAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Rames antara Januari 2024 hingga 4 Disember tahun lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

LABIS – Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor lebih awal daripada tempoh mandat asal terus mengundang pelbagai reaksi yang mempersoalkan keutamaan kerajaan negeri ketika rakyat masih berdepan pelbagai isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan